Perjuangan Islam Akhir Zaman (Part II)

Abdul Halim Abdullah:
Perjuangan Akhir Zaman
(10) Perjanjian Hudaibiah

Kehebatan umat Islam semakin bertambah dari hari ke sehari. Walaupun tiada pertempuran besar berlaku di antara sariyah-sariyah yang diutuskan Rasulullah saw dengan musuh-musuh Islam, namun gempuran-gempuran yang dilakukan telah cukup untuk menakutkan dan melemahkan ancaman mereka.

Di Madinah Rasulullah saw bermimpi menunaikan Umrah lalu mengajak para Sahabat ra untuk bersamanya ke Mekah. Seramai 1400 orang bersiap dan mengikuti Rasulullah saw ke Mekah. Di Hudaibiah, kira-kira 20 km dari Mekah, rombongan umrah Rasulullah saw ditahan dan tidak dapat memasukki Mekah untuk menyempurnakan ibadah Umrah.

Rasulullah saw mengutuskan Uthman bin Affan ra untuk berbaincang dengan pemimpin Quraisy di Mekah dan menyatakan menyatakan mereka ke Mekah bukan nak berperang, tetapi hendak mengerjakan Umrah. Quraisy menahan Uthman bin Affan di Mekah lebih lama. Tersebar khabar angin bahawa beliau dibunuh. Lalu Rasulullah saw bersiap untuk berperang demi membalas apa yang disangkanya kematian Uthman.
Rasulullah saw mengajak para Sahabat ra untuk berbai’ah. Abu Sanan Al-Asadi orang pertama membai’ah Rasulullah saw. Salamah bin Al-Akwuk ra membai’ah untuk mati sebanyak 3 kali bai’ah. Rasulullah saw menggunakan tangannya sendiri bagi pihak Uthman bin Affan ra berbai’ah. Kesemua muslimin berbai’ah kecuali seorang yag golongan munafikin bernama Jadd bin Qees.
Mendengar keazaman Rasulullah saw dan kaum Muslimin, Quraisy segera mengutuskan Suhail bin Amru untuk mengadakan perjanjian dengan Muhammad saw. Maka termeteri 4 Perjanjia Hudaibiah seperti berikut :

  1. Muhammad dan rombongan umrahnya kembali ke Madinah tanpa memasukki Mekah pada tahun itu. Mereka datang berumrah pada tahun depan, berada di Mekah selama 3 hari.
  2. Genjatan senjata di antara kedua-dua belah pihak selama 10 tahun.
  3. Mana-mana pihak hendak bergabung dengan Muhammad, maka dibolehkan. Mana-mana pihak hendak bergabung dengan Quraisy maka dibolehkan. Pihak yang bergabung dianggap sebahagian dari pihak utama yang digabung. Sebarang serangan ke atas pihak bergabung dianggap serangan ke atas pihak utama.
  4. Sesiapa yang melarikan diri kepada Muhammad dari pihak Quraisy tanpa izin, maka mesti dikembalikan. Sesiapa yang melarikan diri dari pihak Muhammad ke pihak Quraisy, maka wajib dikembalikan.
    Dakwah dan Perang

  5. Apabila termeteri Perjanjian Hudaibiah, pemimpin dan tentera terkuat Arab ketika itu, Quraisy tidak dapat lagi memberi ancaman kepada Islam. Tinggal lagi 2 kekuatan kafir iaitu Bani Ghatfan dan Yahudi di Khaibar. Ketiga-tiga pihak inilah yang berpadu kekuatan dalam Perang Ahzab yang hampir memusnahkan Islam pada tahun lalu.
    Kesempatan keadaan aman dari ancaman Quraisy digunakan sepenuh oleh Rasulullah saw untuk menggerakkan dakwah Islam kepada seluruh kabilah-kaabilah Arab, bahkan kepada negara-negara di dunia.
    Dalam masa yang sama Rasulullah saw merancang untuk menggempur kekuatan musuh-musuh dan melenyapkan ancaman-ancaman mereka.
    Perutusan Surat-Surat Kepada Ketua-Ketua Negara
    Secara umumnya surat Rasulullah saw kepada ketua-ketua negara adalah hampir sama. Sebagai contoh kita lihat surat kepada Raja Mesir :
    “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dari Muhammad Rasulullah kepada Muqauqis, Raja Mesir. Sejahtera ke atas sesiapa yang mengikut petunjuk. Aku mengajak kamu kepada Islam. Islamlah, nescaya kamu akan sejahtera. Allah memberikan kamu 2x pahala. Sekiranya kamu enggan, maka kamu mendapat dosa seluruh rakyatmu”.
    Berikut adalah surat-surat yang diutuskan Rasulullah saw :
  6. Surat kepada Raja Najasyi di Habsyah.
  7. Surat kepada Raja Muqauqis di Mesir.
  8. Surat kepada Raja Kisra di Parsi.
  9. Surat kepada Raja Qaisar di Rom.
  10. Surat kepada Al-Munzir bin Sawi, ketua negara Bahrain.
  11. Surat kepada Hauzah bin Ali, ketua wilayah Yamamah.
  12. Surat kepada Al-Harith bin Abi Syamir Al-Ghassani, ketua wilayah Syam.
  13. Surat kepada Raja Oman.
    Perang Yahudi Khaibar

Pada tahun 7 Hijriah, apabila umat Islam aman dari ancaman Quraisy setelah Perjanjian Hudaibiah, Rasulullah saw segera menggerakkan tentera Islam untuk membenteras Yahudi di Khaibar. Ini kerana 3 pihak musuh-musuh ini termasuh Bani Ghatfan di arah Najad pernah membentuk kekuatan terbesar Arab dalam Perang Ahzab.
Keluar bersama Rasulullah saw seramai 1400 orang dari mereka yang telah berbaiah di Hudaibiah dalam ‘Bai’ah Ridwan”. Rasulullah saw tidak menerima kecuali mereka yang benar-benar hendak berjihad.
Kaum munafik di Madinah menghantar ketua mereka, Abdullah bin Ubai, ke Khaibar untuk memaklumkan Yahudi bahawa Muhammad dan tentera Islam akan menyerang Khaibar. Mendengar maklumat itu, Yahudi Khaibar mengutuskan Kananah bin Abi Al-Haqiq dan Hauzah bin Qees kepada Bani Ghatfan untuk mendapatkan bantuan tambahan.
Setiba di Khaibar, Rasulullah saw memilih tempat bertapak. haabab bin Al-Munzir berkata, “Ya Rasulullah saw, adakah pilihan ini dari wahyu atau pandangan peribadi berkenaan taktik perang “. Rasulullah saw menjawab, “Ia pandangan peribadi”. Habab berkata, “Tempat ini sanat dekat dengan kubu musuh. Mereka tahu pergerakan kita. Kita tak tahu pergrakan mereka dalam kubu. Panah mereka sampai kepada kita. Panah kita tak sampai kepada mereka. Kita tidak selamat di sini. Lalu Rasulullah saw mengikut pandangan Habab.
Perang berakhir dengan kemenangan dipihak kaum muslimin. Di antara tawanan perang adalah Safiah binti Huyay, ketua wanita Yahudi Bani Quraidzah dan Bani Nadhir. Rasulullah saw menawarkan Islam kepada Safiah lalu beliau memeluk Islam dan dikahwini oleh Rasulullah saw.
Yang syahid dari kalangan tentera Islam adalah seramai 16 orang. Ada riwayat-riwayat yang mengatakan 18, 19 dan 23 orang. Yang terbunuh dari kalangan Yahudi adalah seramai 93 orang.
Perang Zat Ruqa’
Perang Ahzab menyaksikan pakatan 3 pihak besar yang cuba menghancurkan Negara Islam Madinah. Setelah pihak pertama, Quraisy diikat perjanjian genjatan senjata dan pihak kedua, Yahudi di Khaibar ditumpaskan, maka tinggal pihak ketiga, Bani Ghatfan masih berpotensi mengganggu gugat negara Islam.
Rasulullah saw keluar bersama 400 atau 700 orang tentera Islam bagi tujuan menggempur mereka di Nahal yang jauhnya 2 hari perjalanan dari Madinah. Kemaraan tentera Islam ini sudah cukup menakutkan banyak kabilah-kabilah Bani Ghatfan sehingga mereka tidak lagi berani membuat apa-apa tindakan mengancam Negara Islam. Bahkan banyak kabilah mereka yang menganut Islam dan terlibat sama dengan tentera Islam memerangi dan membuka Mekah pada tahun 8 Hijriah.
Dengan tumpasnya pihak ketiga, Bani Ghatfan maka tumpaslah ancaman dari ketiga-tiga pihak Tentera Ahzab yang berseteru dengan Negara Islam Madinah.
Kini, Rasulullah sw membuat persediaan untuk melancarkan jihad membuka wilayah-wilayah baru setelah keselamatan dan keamanan Negara Islam Madinah terjamin.
Sariyah-Sariyah
Rasulullah saw melancarkan jihad dengan mengutuskan sariyah-sariyah berikut :

  1. Sariyah Ghalib bin Abdullah Al-Laithy ra memerangi Bani Al-Maluh di Qadid pada bulan Safar atau Rabiul Awal tahun 7 Hijriah.
  2. Sariyah Hasmi pada bulan Jumadil Akhir tahun 7 Hijriah.
  3. Sariyah Umar Al-Kaattab ra pada bulan Syaaban, tahun 7 Hijriah seramai 30 orang tentera Islam.
  4. Sariyah Basyir bin Saad Al-Ansari ra bersama 30 orang untuk memerangi Bani Murrah di Fadak pada bulan Syaaban, tahun 7 Hijriah. Tatkala peperangan mereka kehabisan anak panah dan mereka semua terbunuh kecuali Basyir yang sempat menyelamatkan diri ke Fadak.
  5. Sariyah Ghalib bin Abdullah Al-Laithy ra bersama 130 orang tentera Islam dalam bulan Ramadan memerangi Baani Awwal dan Bani Abd bin Thaklabah di Al-Mayfaah. Dalam peperangan ini Usamah bin Zaid ra membunuh Mirdas bin Nuhaik walaupun ketika hendak dibunuh dia mengucap لا إله إلا الله lalu Nabi saw berkata kepada Usamah, “Adakah engkau belah hatinya untuk kepastian dia mengucap itu dengan benar dan jujur atau hanya berbohong ?”.
  6. Sariyah Abdullah bin Rawahah ra bersama 30 orang tentera memerangi Khaibar dalam bulan Syawal tahun 7 Hijriah.
  7. Sariyah Basyir bin Saad Al-Ansari ra bersama 300 orang tentera Islam ke Jabbar, sebuah kawasan Bani Ghatfan dalam bulan Syawal tahun 7 Hijriah setelah Rasulullah saw mendengar mereka hendak memerangi Madinah. Apabila mereka mendengar kemaraan tentera Islam, mereka melarikan diri meninggalkan harta rampasan perang. Dua orang dari mereka sempat ditangkap lalu dibawa ke Madinah dan kemudiannya memeluk Islam.
  8. Sariyah Abi Hadrad Al-Aslami ra ke Al-Ghabah setelah Nabi saw mendengar ada cubaan seseorang untuk mengajak Bani Qees untuk memerangi kaum muslimin.
    Umrah Qada
    Selepas berlalunya bulan Zulqaedah, Rasulullah saw bersiap bersama kira-kira 2000 kaum muslimin belum termasuk wanita dan kanak-kanak, untuk mengerjakan Umrah Qada’. Mereka membawa bersama 60 ekor unta, berihram di miqat Zul Hulaifah.
    Setelah selesai menunaikan Umrah, mereka tinggal di Mekah selama 3 hari, kemudian keluar dari Mekah dan singgah di Sarif. Di situ Rasulullah saw berkahwin dengan dengan isterinya yang terakhir, Maimunah binti Al-Harith Al-Amiriah ra.
    Selepas kembali ke Madinah dari Umrah Qada’, Rasulullah saw mengutuskan sariyah-sariyah di antaranya :
  9. Sariyah Ibnu Abi Al-Aujak dalam bulan Zulhijjah tahun 7 Hijriah bersama 50 orang tentera Islam bagi memerangi Bani Sulaim.
  10. Sariyah Ghalib bin Abdullah dalam bulan Safar tahun 8 Hijriah bagi memerangi Bani Murrah yang telah membunuh Sariyah Basyir bin Saad di Fadak pada bulan Syaaban tahun 7 HIjriah.
  11. Sariyah Zat Atlah terdiri dari 15 orang tentera Islam dibawah pimpinan Kaab bin Umair Al-Ansari.
  12. Sariyah Zat Irq dalam bulan Rabiul Awal tahun 8 Hijriah seramai 5 orang tentera Islam dibawah pimpinan Syujak bin Wahab Al-Asdi bagi memerangi Bani Hawazin.
    Perang Muktah
    Perang ini berlaku dalam bulan Jamadil Awal tahun 8 Hijriah, bersamaan bulan Ogos atau September tahun 629M di antara tentera Islam dan tentera Kuasa Besar Rom. Ia adalah perang sengit terbesar yang berlaku dalam hidup Rasulullah saw. Ia merupakan permulaan kepada siri jihad bagi membuka negara-negara Kristian.
    Terdahulu dari itu utusan Rasulullah saw bernama Al-Harith bin Umair Al-Azdi yang ditugaskan membawa surat kepada Ketua Busra diganggu oleh wakil Kuasa Besar Rom di wilayah Balqa’ bernama Syurahbil bin Amru Al-Ghassani. Al-Harith diikat dan dibunuh. Membunuh duta atau utusan negara merupakan salah satu jenayah besar dalam undang-undang antarabangsa. Ia merupakan iklan perang atau lebih dahsyat dari itu.
    Rasulullah saw menyiapkan 3000 tentera Islam dipimpin oleh Zaid bin Harithah ra. dengan pesanan jika Zaid terbunuh syahid, maka Jaafar bin Abi Talib ra menjadi pemimpin. Jika Jaafar syahid, maka Abdullah bin Rawahah ra mengambilalih pimpinan.
    Apabila tentera Islam mula memasuki bumi Syam datang berita bahawa panglima Rom, Hercules telah tiba di Maab di Balqa’ bersama 100,000 orang tentera Salib. Tentera dari Lakham, Juzam, Balqeen, Bahra’ dan Bala seramai 100,000 orang bergaung dengan mereka.
    Mendengar bilangan tentera musuh seramai 200,000 orang, di kalangan tentera Islam ada yang mencadangkan agar Rasulullah saw dihubungi, samada meminta bantuan tambahan atau terserah kepada keputusannya yang baru.
    Abdullah bin Rawahah ra berkata, “Wahai kau, demi Allah, yang kamu takutkan itu, iulah yang kamu mahukan iaitu mati syahid. Kita tidak memerangi musuh dengan kekuatan bilangan, kekuatan zahir atau persenjataan. Kita tidak memerangi mereka kecuali dengan Agama ini yang Allah muliakan kita dengannya. Ayuh kita berjihad. Kita mendapat salah satu dari 2 kebaikan, samada menang atau syahid”. Para Sahabat ra bersetuju dengan pandangan Abdullah bin Rawahah ra.
    Perang sengit meletus di antara 3000 orang tentera Islam melawan 200,000 orang tentera Salib. Ketiga-tiga pemimpin Islam syahid dan pimpinan beralih kepada Khalid Al-Walid ra. Walaupun tentera Islam berperang dengan penuh keimanan dan keperwiraan, namun bilangan yang jauh tidak setanding mengheret pertempuran berlarutan seharian.

Keesokannya Khalid Al-Walid ra mengatur langkah tentera Islam berundur tanpa dilihat kalah oleh pihak musuh. Dia mengubah posisi tentera Islam yang kanan ke kiri dan yang depan ke belakang, menyebabkan musuh menyangka telah datang bantuan tambahan kepada tentera Islam lalu mereka menjadi ketakutan. Tentera Islam berundur sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh musuh, sehingga mereka selamat pulang ke Madinah. Yang syahid adalah seramai 12 orang manakala ramai yang terbunuh dari kalangan tentera Salib.
Walaupun tiada pihak yang memenangi peperangan ini, namun pertempuran 3000 orang tentera melawan 200,000 orang tentera sebuah kuasa besar dunia dengan mereka selamat kembali ke Madinah, telah mengharumkan nama Negara Islam Madinah, dikagumi dan ditakuti oleh sekelian kabilah-kabilah di Semenanjung Arab, kebenaran agama yang dibawa oleh Muhammad saw. Selepas Perang Muktah, Bani Sulaim, Bani Asyjak, Bani Ghatfan, Bani Zubyan, Bani Fazarah dan lain-lain memeluk Islam.
Sariyah Zatul Salasil
Selepas kehebatan yang ditunjukkan oleh 3000 orang tentera Islam dalam Perang Muktah melawan 200,000 orang tentera Kuasa Besar Rom tanpa ditimpa sebarang kekalahan, banyak kabilah-kabilah Arab gentar terhadap Islam dan mula percaya bahawa tentera Islam dibantu oleh Allah swt.
Rasulullah saw mahu memecahbelah dan melemahkan mereka agar tidak lagi bergabung dengan Kuasa Besar Rom dan sebaliknya bergabung dengan Islam.
Dalam bulan Jamadil Akhir tahun 8 Hijriah, Rasulullah saw mengutuskan sariyah dibawah pimpinan Amru bin Al-As ra yang baru memeluk Islam, bersama 300 orang tentera Islam dan 30 ekor kuda perang.
Apabila mendengar bilangan tentera musuh terlalu ramai, Amru mengutuskan Rafi’ bin Makith Al-Juhany ra kepada Rasulullah saw untuk meminta bantuan tentera tambahan.
Rasulullah saw menghantar Abu Ubaidah Al-Jarrah ra bersama 200 orang tentera termasuk dibawahnya adalah Abu Bakar As-Siddiq ra dan Umar Al-Khattab ra. Rasulullah saw berpesan kepada Abu Ubaidah agar bersatu dengan Amru dan jangan berpecah belah.
Selepas tentera tambahan sampai, Abu Ubaidah hendak mengimami solat semua tentera, tetapi Amru mengingatkan Abu Ubaidah bahawa dia datang sebagai tentera bantuan kepada tentera asal yang dipimpin oleh Amru, lalu Abu Ubaidah mentaati Amru.
Tentera Islam mara hingga ke wilayah Qudha’ah dan menggempur musuh hingga ke akhir sempadan mereka menyebabkan mereka melarikan diri.
Amru mengutuskan Auf bin Malik Al-Asyja’iy ra kepada Rasulullah saw bagi memaklumkan hasil operasi ketenteraan tersebut.
Perang Pembukaan Mekah
Ia adalah kemenangan besar kepada Islam, di mana Allah swt mengagungkan agamaNya, RasulNya, tenteraNya dan umat Islam. Allah swt membebaskan Kaabah dan Masjidil Haram dari cengkaman kafir dan musyrikin Quraisy, menyebabkan banyak kabilah memeluk Islam selepas itu.
Terma dan syarat Perjanjian Hudaibiah menyebut mana-mana kabilah cawangan boleh bergabung dengan pihak induk Rasulullah saw di Madinah atau dengan Quraisy di Mekah. Sebarang pencerobohan oleh mana-mana kabilah adalah pencerobohan ke atas pihak induk. Selepas perjanjian itu, kabilah Bani Khuzaah bergabung dengan Rasuluulah saw, manakala kabilah Bani Bakar bergabung dengan Quraisy.
Pada bulan Syaaban tahun 8 Hijriah, didorong oleh dendam lama, Naufal bin Muawiyah Ad-Daily bersama orang-orang dari Bani Bakar menyerang Bani Khuzaah pada waktu malam dibantu dengan senjata oleh pihak Quraisy.
Badil bin Warqa’ dari Bani Khuzaah pergi ke Madinah dan memberitahu Rasulullah saw senarai mangsa dari Bani Khuzaah dan pengkhianatan terhadap Perjanjian Hudaibiah yang telah berlaku.
Pimpinan Quraisy sedar akan kesilapan dan akibat besar dari kejadian itu lalu mengutuskan ketua mereka, Abu Sufian untuk pergi ke Madinah bagi memperbaharui perjanjian yang telah tercalar dan terbatal.

Setiba di Madinah, Abu Sufian berkata kepada Rasulullah saw tetapi tidak mendapat respon darinya. Abu Sufian bertemu Abu Bakar As-Siddiq ra untuk memintanya menyampaikan hasrat Quraisy menyambung perjanjian, tetapi Abu Bakar berkata dia tidak boleh berbuat apa-apa. Kemudian Abu Sufian berjumpa Umar Al-Khattab ra dan kemudian Ali bin Abi Talib ra, namun hampa. Beliau kembali ke Mekah.
Dari riwayat At-Tabarani, 3 hari sebelum tiba berita serangan Bani Bakar terhadap Bani Khuza’ah, Rasulullah saw telah meminta isterinya, Aisyah binti Abu Bakar ra untuk menyiapkan dirinya untuk peperangan. Abu Bakar As-Siddiq ra yang tahu waktu itu bukan masa sesuai untuk memerangi tentera Rom di utara, segera bertanya anaknya, Aisyah siapakah yang hendak diperangi oleh Rasulullah saw. Aisyah berkata dia pun tak tahu.
Apabila datang berita kejadian di Mekah dan ketibaan Abu Sufian di Madinah, barulah kaum muslimin tahu kenapa Rasulullah saw bersiap untuk berperang. Rasulullah saw mengarahkan semua kaum muslimin bersiap untuk memerangi Mekah.
Setibanya Rasulullah saw dan tentera Islam di Mar Al-Dzahran yang hampir dengan Mekah, datang Abu Sufian bertemu Rasulullah saw dan memeluk Islam.
Rasulullah saw dan tentera Islam terus mara ke Mekah. Setiap pasukan memasuki Mekah mengikut jalan yang telah ditentukan. Pasukan Khalid Al-Walid ra mengalahkan setiap tentangan yang datang. Yang terbunuh dari pasukannya adalah Karaz bin Jabir dan Khunais bin Khalid, manakala yang terbunuh dari kalangan musyrikin adalah seramai 12 orang.
Akhirnya semua tentera Islam menawan Mekah, masuk ke dalam Masjidil Haram dan tiba di Kaabah. Rasulullah saw istilam atau menjabat Hajar Aswad dan bertawaf di Kaabah dan kemudian melingkupkan berhala-berhala di sekitar Kaabah yang bilangannya di situ sekiar 360 buah.
Rasulullah saw mengumumkan bahawa semua penduduk di Mekah yang sedang ditawan kini dibebaskan kecuali 9 orang penjenayah besar iaitu Abdul Uzai bin Khatal, Abdullah bin Abi Sarh, Ikrimah bin Abi Jahal, Al-Harith bin Nufail, Muqees bin Sobahah, Hubar bin Al-Aswad, 2 wanita pelayan Ibnu Khatal dan Sarah yang membawa surat Hatib bin Abi Balta’ah mengenai kemaraan tentera Islam ke Mekah. Sebahagian mereka dibunuh manakalan sebahagian lagi memeluk Islam dan selamat.
Setelah Mekah dibuka atau ditakluk, ramai penduduk Mekah tahu bahawa tiada upaya bagi mereka melainkan tunduk dan patuh kepada Rasulullah saw, lalu mereka datang dan berbai’ah kepada Rasulullah saw untuk tunduk dan patuh kepadanya.
Dahulunya umat Arab menganggap Quraisy sebagai penjaga Kaabah dan agama penyembah berhala. Tetapi selepas pembukaan Mekah, ketundukan Quraisy kepada Rasulullah saw merupakan penutup kepada agama berhala di Semenanjung Arab. Dengan berakhirnya ancaman musyrikin Quraisy, bermula fasa seterusnya dalam perjuangan Islam iaitu :

  1. Jihad dan peperangan menundukkan musuh dan meninggikan Kalimah Allah.
  2. Kabilah-kabilah dan masyarakat-masyarakat berlumba-lumba memeluk Islam.
    Perang Hunain
    Selepas Quraisy dikalahkan dan ramai penduduk Mekah memeluk Islam, tinggal beberapa kabilah yan masih berdegil dan mahu menghapuskan Islam yang sedang bersinar.
    Dibawah pimpinan Malik bin Auf, tenteranya dengan membawa sekali isteri-isteri, anak-anak, harta dan haiwan peliharaan bergerak menuju autas, sebuah wadi di wilayah Hawazin berdekatan dengan Hunain. Beliau merancang bagi setiap orang tenteranya ditempatkan isteri, anak-anak dan harta di belakangnya, supaya dia bersemangat ketika berperang.
    Pada hari Sabtu, 6 Syawal tahun 8 Hijriah, 19 hari selepas pembukaan Mekah, Rasulullah saw bersama 12,000 orang tentera Islam, terdiri dari 10,000 tentera dari Madinah yang membuka Mekah bersama 2,000 tentera dari penduduk Mekah yang kebanyakan mereka baru memeluk Islam, mula bergerak menuju ke Hunain.
    Apabila melihat ramainya bilangan tentera Islam, ada yang mengatakan bahawa mereka tidak akan dapat dikalahkan. Kata-kata seperti itu tidak menyedapkan hati Rasulullah saw.

Setiba di lembah Hunain, tiba-tiba tentera Islam dihujani dengan anak-anak panah dari pihak musuh menyebabkan tentera Islam terkejut, berundur dan mulai tewas, meninggalkan Rasulullah saw bersama dengan sebilangan kaum Muhajirin dan ahli keluarganya sahaja.
Rasulullah saw segera menyusun tentera Islam dengan memanggil “orang-orang Samarah”, kemudian memanggil tentera Ansar dan tentera Muhajirin, kemudian memanggil tentera kabilah Bani Al-Harith bin Al-Khazraj. Kemudian satu demi satu pasukan tentera Islam kembali menyusun barisan lalu mengalahkan tentera musuh serta membunuh kira-kira 70 orang dari kalangan mereka.
Seramai 6000 orang tentera musuh ditawan. Harta yang dirampas adalah sebanyak 24,000 ekor unta, 40,000 kambing dan 4,000 auqiah perak. Di antara yang ditawan adalah Syaima’ binti Al-Harith As-Saidiyah, saudara sesusuan Rasulullah saw. Syaima’ memperkenalkan dirinya kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw menghamparkan serbannya untuk Syaima’ duduk di atasnya, kemudian membebaskannya dan mengembalikannya kepada kaumnya.
Rasulullah saw membahagi-bahagikan harta rampasan yang banyak itu ketika di Jakranah, 25 km dari Mekah, terutama kepada tentera muallaf Mekah yang baru memeluk Islam untuk mereka membawa pulang ke rumah mereka. Tiada sebarang harta rampasan diberikan kepada tentera Ansar dari Madinah. Mereka mendapat diri Rasulullah saw sendiri yang akan pulang ke Madinah untuk berjuang dan mati bersama-sama mereka. Itu harta yang lebih berharga.
Sariyah dan Utusan Selepas Pembukaan Mekah
Rasulullah saw dan tentera Islam kembali ke Madinah pada akhir tahun 8 Hijriah. Kemudian Rasulullah saw mengutuskan pemungut-pemungut zakat ke kabilah-kabilah. Ini menunjukkan kejayaan Dakwah Islam selepas Perjanjian Hudaibiah. Banyak kabilah memeluk Islam berbondong-bondong selepas Pembukaan Mekah.
Rasulullah saw mengutuskan sariyah-sariyah berikut :

  1. Sariyah Uyainah bin Husan Al-Fazari bersama 50 tentera Islam pada bulan Muharram tahun 9 Hijriah menggempur Bani Tamim yang menghalang kabilah-kabilah membayar zakat.
  2. Sariyah Qutbah bin Amir bersama 20 orang tentera Islam pada bulan Safar tahun 9 Hijriah di kawasan Turbah. Tentera Islam menang dan membawa balik tawanan dan ternakan ke Madinah.
  3. Sariyah Ad-Duhak bin Sufyan Al-Kilaby ra pada bulan Rabiul Awal tahn 9 Hijriah. Tentera Islam berjaya membunuh seorang dan mengalahkan mereka.
  4. Sariyah Alqamah bin Majzaz Al-Mudlijy ra. bersama 300 orang tentera Islam ke pantai Jeddah pada bulan Rabiul Akhir tahun 9 Hijriah bagi menggempur lanun di laut dari negara Habsyah. Apabila mendengar kemaraan tentera Islam mereka melarikan diri.
  5. Sariyah Ali bin Ai Talib ra bersama 150 orang tentera Islam ke kaum Tayy bagi menghancurkan berhala mereka. Tentera musuh melarikan diri. Ramai tawanan lelaki dan wanita ditawan, serta binatang ternakan dirampas dan dibawa ke Madinah. Adi bin Hatim melarikan diri ke Syam.
    Kakak Adi bin Hatim memohon Rasulullah saw memberi jaminan keamanan kepada adiknya. Adi bin Hatim dipujuk kakaknya agar mendatangi Rasulullah saw. Apabila Adi datang dan berada di hadapan, Rasulullah saw bersabda, “Wahai Adi, masuklah Islam, nescaya engkau akan selamat sejahtera”. Adi berkata, “Aku mempunyai agama (Kristian)”. Rasulullah saw bersabda sebanyak tiga kali, “Aku lebih mengetahui agama kamu berbanding kamu sendiri”.
    Rasulullah saw bertanya, “Tidakkah engkau seorang ahli agama ?”. Adi menjawab, “Ya”. Rasulullag bertanya lagi, “Tidakkah engkau memimpin kaum mu ?”. Adi menjawab, “Ya”. Rasulullah saw bertanya, “Tidakkah engkau mengamalkan Al-Mirbak (suku harta untuk pemimpin) terhadap kaum mu ?”. Adi menjawab, “Ya, demi Allah”. Pada ketika itu Adi mula percaya bahawa Muhammad adalah seorang nabi yang diutuskan, kerana dia mengetahui apa yang tidak diketahui ramai pengikutnya. Rasulullah saw berkata, “Bukan kah Al-Mirbak itu tidak dihalalkan untuk kamu dalam ajaran agama kamu ?”.

Rasulullah saw bersabda, “Wahai Adi ! Mungkin yang menghalang engkau menganut agama Islam ini adalah kerana engkau melihat miskinnya penganut-penganut yang bersama kami. Demi Allah, akan berlambakan harta disekeliling mereka sehingga tidak dijumpai siapa yang akan mengambilnya.
Mungkin yang menghalang engkau dari menganut Islam adalah kerana engkau melihat ramainya bilangan musuh-musuh Islam dan sedikitnya bilangan penganut-penganutnya. Demi Allah, engkau akan mendengar wanita yang keluar dari Al-Qadisiah menunggang untanya sehingga tiba di Kaabah dalam keadaan tidak takut”. Dalam satu riwayat, “Adakah engkau pernah melihat bandar Al-Hirah ?”. Adi menjawab, “Aku belum pernah melihatnya tapi aku tahu di mana tempat tersebut”. Rasulullah saw bersabda, “Seorang wanita akan mengambil perjalanan dari Al-Hirah ke Kaabah tanpa peneman, tidak takut sesiapa pun selain Allah dan serigala yang akan memakan ternakannya”.
Rasulullah saw bersabda, “Mungkin yang menghalang engkau dari menganut Islam adalah kerana engkau melihat kerajaan dan pemerintahan berada di tangan selain penganut-penganut Islam. Demi Allah ! Engkau akan mendengar bahawa Istana Putih di negara Babylon dibuka untuk umat Islam”. Dalam satu riwayat, “Pasti akan dibuka untuk umat Islam harta Kisra bin Hormuz”.
Perang Tabuk
Setelah Mekah jatuh ke tangan Islam, tiada lagi keraguan pada umat Arab akan kebenaran risalah Islam yag dibawa Rasulullah saw lalu kemaraan Islam masuk ke fasa kemajuan seterusnya dengan banyak kabilah Arab memeluk akidah Islam dan bilangan ratusan ribu yang menunaikan Haji bersama Rasulullah saw.
Namun masih terdapat kekuatan terbesar dunia, Kuasa Besar Rom yang masih merupakan ancaman terhadap Islam dan kemanusiaan. Rom juga pernah membunuh utusan Islam, Al-Harith bin Umair Al-Azdi ra oleh Syurahbil bin Amru Al-Ghassani. Rasulullah saw mengutus tentera Islam ke Muktah yang walaupun tidak berakhir dengan kemenangan mutlak, namun kehebatan 3000 tentera Islam melawan 200,000 tentera Rom menggerunkan seluruh kabilah-kabilah di Semenanjung Arab dan membuka mata kuasa-kuasa besar dunia.
Kedengaran khabar-khabar bahawa Kuasa Besar Rom berkeinginan memerangi Negara Islam Madinah. Ini menjadikan para Sahabat ra sentiasa peka akan ancaman-ancaman terhadap Islam. Umar Al-Khattab ra menceritakan jika ada sesiapa yang datang mengetuk pintu rumahnya, beliau akan bertanya, “Adakah telah datang tentera Ghassan (wilayah Arab di bawah kuasa Rom) ?!! “.
Di dalam suasana berjaga-jaga terhadap ancaman Kuasa Besar Rom, golongan munafikin sentiasa mencari peluang untuk melemahkan kekuatan Islam. Mereka membina Masjid Dhirar untuk menyayingi Masjid Nabawi dan mengajak Rasulullah saw dan para Sahabat ra untuk solat di dalamnya. Rasulullah saw merobohkan masjid tersebut sekembalinya tentera Islam dari Perang Tabuk.
Datang berita mengatakan General Hercules telah menyiapkan seramai 40,000 tentera Rom dengan mengajak arab Kristian di wilayah-wilayah jajahannya seperti Kabilah Lakham, Kailah Juzam dan lain-lain sehingga mereka tiba di wilayah Al-Balqak.
Menyukarkan lagi keadaan, ketika itu adalah kemuncak musim panas, buah-buahan tamar dan lain-lain masak meranum sedia untuk dipetik dan jarak ke Tabuk sangat jauh.
Rasulullah saw meneliti suasana, keadaan dan ancaman-ancaman denga penuh teliti. Jika dibiarkan Rom bebas menunjukkan ancaman mereka, banyak kabilah-kabilah yang telah menggeruni Islam dan tunduk akan mengangkat kepala mereka kembali, serta tentera Rom tidak mustahil akan terus mara menghancurkan Madinah yang baru bertapak.
Rasulullah saw mengumumkan jihad di Tabuk, mengarahkan kabilah-kabilah untuk turut serta berperang serta membuka sumbangan harta untuk mendana kempen tersebut. Turun sebahagian dari surah At-Taubah berkait dengan perang Tabuk.

Uthman bn Affan ra menginfak 900 ekor unta tunggangan, 100 ekor kuda perang, 200 auqiyah dan 1000 dinar emas. Abdul Rahman bin Auf ra menginfak 200 auqiyah (2.4 kg) perak. Abu Bakar As-Siddiq ra menginfak seluruh hartanya sekitar 4000 dirham. Umar Al-Khattab ra menginfak separuh dari hartanya. Para Sahabat ra berlumba-lumba menginfak apa yang termampu. Begitu juga para sahabat wanita menginfakkan harta perhiasan mereka. Kecuali golongan munafiqin yang memperkecilkan sumbangan orang-orang yang beriman.
Rasulullah saw bersama 30,000 orang tentera Islam bergerak ke Tabuk, kira-kira 700 km ke utara Madinah di sempadan wilayah Kuasa Besar Rom, tanpa persiapan makanan dan kelengkapan perang yang canggih dan cukup di bawah terik cahaya matahari di musim panas melalui padang pasir yang kering kontang. Seramai 18 orang bergilir-gilir berkongsi seekor unta tunggangan. Sering mereka memakan daun-daun pokok hingga bengkak mult mereka dan menyembelih unta yang sedikit yang ada semata-mata untuk mendapatkan air minuman dari pinggulnya. Kerana itu tentera ini dinamakan جيش العسرة (Tentera Dalam Kepayahan).
Setibanya di Tabuk, Rasulullah saw berkhutbah dengan petah mengajak tentera Islam kepada mencari kebaikan di dunia dan Akhirat, menyampaikan berita ancaman Neraka dan gembira dengan Syurga untuk menaikkan semangat mereka.
Apabila tentera Rom mendengar kemaraan Rasulullah saw dan tentera Islam di Tabuk, dicampak ketakutan ke dalam hati mereka lalu mereka bertebaran melarikan diri. Kemenangan tanpa bertanding ini menaikkan maruah Islam di mata dunia di aspek politik dan ketenteraan.
Ketua wilayah Eilat, Yahnah bin Rubah membuat perjanjian damai dengan Rasulullah saw dan membayar Jizyah. Begitu juga penduduk Jarbak, Azrah, Daumah Jundal, Tabuk dan Taimak bersetuju membayar Jizyah. Kabilah-kabilah yang dahulunya bergantung kepada Kuasa Besar Rom kini berpaling pergantungan mereka kepada Negara Islam. Rasulullah saw dan tentera Islam kembali ke Madinah membawa kemenangan besar melawan Ahlul Kitab.
Dalam perjalanan pulang, seramai 12 orang munafikin cuba merancang sesuatu yang buruk terhadap Rasulullah saw dan Huzaifah bin Yaman ra berjaya menakut dan menggagalkan perancangan mereka. Rasulullah saw memberitahu Huzaifah nama-nama dan perancangan mereka. Sejak itu Huzaifah digelar “Penyimpan Rahsia Rasulullah saw”.
Perang Tabuk mengambil masa selama 50 hari dari bulan Rejab hingga Ramadan termasuk berada di Tabuk selama 20 hari. Ia adalah peperangan terakhir dalam hayat Rasulullah saw.
Semua orang-orang beriman keluar ke Tabuk sehingga menjadikan tidak keluar berjihad ini sebagai tanda bagi orang munafik. Apabila terdapat seseorang tidak menyertai jihad tanpa sebarang keuzuran, Rasulullah saw akan berkata kepada orang-orang beriman, “Biarkan dia. Sekiranya ada kebaikan padanya, Allah akan menyertakannya bersama kamu. Jika sebaliknya, Allah akan melegakan kamu dengan dia tidak menyertai kamu”.
Setiba di Madinah, Rasulullah saw ke masjid dan bersolat 2 rakaat dan duduk bersama orang ramai. Seramai lebih 80 orang munafik datang meminta maaf sambil mengemukakan alasan-alasan kosong tidak dapat menyertai Perang Tabuk.
Kaab bin Malik ra, Murarah bin Ar-Rabi’ ra dan Hilal bin Umayyah ra memilih untuk berkata benar bahawa mereka tidak mempunyai alasan tidak menyertai Perang Tabuk. Atas arahan Rasulullah saw, mereka dipulau selama 50 hari sehingga Allah swt menerima taubat mereka dalam ayat 118 surah At-Taubah.
Di antara kesan-kesan besar kemenangan Perang Tabuk adalah :
(1) Jelas kepada orang-orang Arab bahawa tiada kekuatan di kalangan mereka selain kekuatan Islam.
(2) Harapan orang-orang kafir dan munafikin Arab kepada kuasa-kuasa besar untuk menghancurkan Islam semakin malap.

(3) Allah swt mengarahkan Rasulullah saw dan orang-orang beriman bersikap tegas dan keras terhadap golongan munafik seperti tidak menerima sedekah dari mereka, tidak solat dan berdoa ke atas jenazah mereka, tidak beristighfar untuk mereka, memulau institusi-institusi mereka termasuk masjid yang mereka bina. Ayat-ayat al-Quran semakin jelas membongkar ciri-ciri dan kegiatan mereka.
(4) Semakin banyak kabilah dan rombongan mengunjungi Madinah untuk menyatakan keislaman mereka dan ketundukan mereka kepada Negara Islam.
Di antara peristiwa-peristiwa penting berlaku pada tahun 9 Hijriah adalah :
(1) Berlaku kes Li’an di antara Uwaimir Al-Ajlani dengan isterinya.
(2) Seorang wanita dari kabilah Ghamidiah direjam hingga mati setelah dia mengaku berzina. Hukuman dijalankan setelah dia sempurna menyusukan bayinya.
(3) Raja Habsyah, An-Najasyi Ashamah meninggal dunia dan Rasulullah saw bersolat ghaib ke atas jenazahnya.
(4) Anak perempuan Nabi saw, Ummu Kalthum ra meninggal dunia. Rasulullah saw sangat bersedih dan berkata kepada suaminya, Uthman bin Affan ra, “Jika aku ada anak perempuan ketiga (selepas Ruqayyah dan Ummu Kalthum), nescaya aku kahwinkan dia dengan engkau”.
(5) Ketua orang-orang munafik, Abdullah bin Ubai meninggal dunia.
(6) Rasulullah saw melantik Abu Bakar As-Siddiq ra memimpin rombongan Haji. Rasulullah saw mengutuskan Ali bin Abi Talib ra kepada jemaah Haji untuk membacakan ayat-ayat surah At-Taubah yang baru turun kepada Nabi saw. seperti memberi tempoh 4 bulan ke arah menamatkan perjanjian dengan orang-orang kafir atau sehingga tamat tempoh perjanjian bagi mereka yang tidak menunjukkan permusuhan terhadap Islam.
Abu Bakar As-Siddiq ra mengumumkan orang-orang musyrik tidak lagi dibenarkan mengerjakan Haji selepas tahun ini dan tidak dibenarkan bertawaf di Kaabah tanpa pakaian seperti adat yang berlaku.
Perkembangan ini menunjukkan berakhirnya agama penyembahan berhala di Semenanjung Arab.
(7) Manusia beramai-ramai masuk ke dalam agama Islam. Sebelum ini ada di kalangan Arab yang berkata, “Biarkan dia (Muhammad) bertarung dengan kaumnya. Jika dia menang ke atas kaumnya, maka dia adalah seorang nabi yang sebenar”. Apabila Rasulullah saw berjaya menawan dan membuka Mekah pada tahun 8 Hijriah, manusia berbondong-bondong datang ke Madinah untuk menyatakan keislaman mereka.
Ini dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan tentera Islam dari seramai 10,000 orang ketika memerangi Mekah kepada 30,000 orang ketika memerangi Rom di Tabuk pada tahun 9 Hijriah. Setelah Islam mengalahkan Rom di Tabuk, bilangan jemaah Haji Perpisahan akhir tahun 9 Hijriah adalah kira-kira 140,000 orang.
Haji Perpisahan
Setelah kejayaan membina Umat Islam dan tapak Negara Islam di atas asas tauhid uluhiyah Allah swt, menafikan ilah-ilah yang lain serta menunjukkan secara amali contoh jalan perjuangan akhir zaman, Rasulullah saw merasakan masanya hampir tiba dia meninggalkan dunia fana ini.
Pada tahun 10 Hijriah, ketika Rasulullah sa mengutuskan Muaz bin Jabal ra ke Yaman, dia bersabda, “Wahai Muaz, mungkin engkau tidak bertemu aku lagi selepas tahun ini. Mungkin engkau akan singgah di masjidku dan kuburku nanti”.
Allah swt mentakdirkan Rasulullah saw dapat melihat buah hasil jerih payah perjuangan dakwahnya selama 23 tahun sehingga akhirnya tunduk sekelian kabilah-kabilah Arab kepada akidah dan syariat Islam.
Khutbah haji Rasulullah saw antara lain isinya adalah seperti berikut :
“Wahai manusia ! Dengarlah kata-kataku ini. Mungkin aku tidak bertemu kamu lagi selama-lamanya selepas tahun ini di tempat ini.
Sungguh darah dan harta kamu adalah suci dan haram ke atas sesama kamu mencerobohnya, seperti sucinya hari ini, di ulan ini dan di bumi ini.
Setiap urusan secara Jahiliyah dibawah kekuasaanku adalah terbatal (tidak boleh diteruskan). Tebus darah (balas bunuh) di zaman Jahiliyah juga terbatal. Tebus darah dari pihak kami yang pertama yang terbatal adalah nyawa Ibnu Rabiah bin Al-Harith (saudara susuan Nab saw di kampung Bani Saad yang dibunuh oleh Huzail.

Riba Jahiliyah juga terbatal semuanya. Riba terawal dari pihak kami yang dibatalkan adalah riba Abbas bin Abdul Muttalib.
Takutlah kamu kepada Allah dalam menunaikan amanah menjaga wanita. Sungguh kamu mengambil mereka dengan amanah dari Allah dan dihalalkan faraj mereka dengan kalimat-kalimat Allah.
Tanggungjawab isteri-isteri kamu terhadap kamu adalah tiada siapa yang kamu tidak sukai boleh memasukki rumah dan bilik kamu. Jika mereka melakukannya juga, maka kamu pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan.
Tanggungjawab kamu terhadap isteri-isteri kamu adalah mereka mendapat rezeki dan pakaian mereka yang baik.
Aku telah meninggalkan pada kamu yang jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Ia adalah Kitab Allah.
Wahai manusia ! Tiada lagi mana-mana nabi selepas aku. Tiada lagi Umat selepas kamu. Oleh itu sembahlah Tuhan kamu. Solatlah lima waktu kamu. Berpuasalah di bulan kamu (Ramadan). Tunaikanlah zakat harta kamu. Dengannya dibersihkan jiwa-jiwa kamu. Kerjalan haji di rumah Tuhan kamu (Kaabah). Taatilah ulil amri kamu. Kamu akan memasukki syurga Tuhan kamu.
Kamu akan ditanya tentang aku, maka apakah yang kamu akan perkatakan ?:
Para Sahabat ra menjawab, “Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan (risalah Islam), menunaikan (amanah dari Allah) dan menasihatkan (membimbing Umat)”.
Setelah Rasulullah saw selesai menyampaikan khutbah Arafah, Allah swt menurun ayat ayat :

bermaksud, “Pada hari ini Aku telah sempurnakan Agama kamu untuk kamu, Aku telah cukupkan nikmat Ku ke atas kamu dan Aku redha Islam sebagai agama untuk kamu” (Al-Maidah : 3).
Memerangi Kuasa Besar Kristian Rom
Salah seorang pemimpin arab di Syam bagi pihak Kuasa Besar Rom, Farwah bin Amru Al-Juzami ra memeluk Islam lalu memaklumkan keislamannya dengan mengemukakan hadiah-hadiah kepada Rasulullah saw. Beliau ditangkap oleh Kerajaan Rom lalu membunuh dan menyalibnya untuk menakutkan rakyat dari memeluk Islam.
Farwah bin Amru ra adalah syahid pertama Islam di bumi Syam dari mangsa kekejaman Kuasa Rom. Kekejaman Eropah terhadap umat Arab atas sebab akidah seperti ini berterusan bengan berlakunya siri-siri perang salib hingga ke hari ini.
Bagi membalas kejahatan di atas, Rasulullah saw menyiapkan tentera dibawah pimpinan Usamah bin Zaid ra pada tahun 11 Hijriah dengan arahan agar bertapak di wilayah Al-Balqak dan Ad-Daruum berhampiran Palestin untuk menakutkan Kuasa Besar Rom dan mengembalikan keyakinan masyarakat di sana kepada Islam dan memberi peringatan kepada Kristian bahawa tindakan mereka tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakbalas.
Kewafatan Rasulullah saw
Apabila telah sempurna Al-Quran diturunkan Allah swt untuk manusia hingga ke Hari Kiamat dan apabila telah lengkap perjuangan Islam ditunjukkan oleh Rasulullah saw kepada para Sahabat ra sebagai panduan untuk perjuangan umat akhir zaman, tiba masanya Rasulullah saw dijemput Allah swt kembali ke sisiNya.
Ketika di Haji Perpisahan, Rasulullah saw berkhutbah di antaranya berbunyi, “Aku tidak tahu adakah aku akaan bertemu kamu selepas tahun ini di tempat ini selama-lamanya”.
Ketika di tempat melontar Jamrah Aqabah, Rasulullah saw bersabda, “Ambillah dariku cara-cara melaksanakan ibadat Haji kamu. Mungkin aku tidak menerjakan Haji selepas tahun ini selama-lamanya”.
Pada hari Isnin, 29 hb Safar tahun 11 Hijriah, Rasulullah saw mengiringi satu jenazah di Tanah Perkuburan Al-Baqiek. Ketika pulang Baginda saw merasa pening dan demam.
Rasulullah saw bersabda, “Seseorang hamba diberi pilihan oleh Allah samada diberikan kepadanya apa sahaja yang dimahukannya dari kecantikan Dunia, atau memilih apa yang ada di sisiNya, maka hamba itu memilih untuk mendapat apa yang ada di sisiNya”. Mendengar kata-kata itu Abu Bakar As-Siddiq ra menangis kerana tahu “pemilih” itu adalah Rasulullah saw sendiri dan masanya untuk pergi telah tiba.
Rasulullah saw mewasiatkan agar dikeluarkan Yahudi, Kristian dan orang-orang Musyrikin dari Semenanjung Arab.

Apaabila sakit semakin tenat sehingga pengsan beberapa kali, Rasulullah saw meminta Abu Bakar As-Siddiq ra mengimami solat jemaah.
Hari sebelum wafatnya, Rasulullah saw membebaskan hambanya, bersedekah 7 dinar yang masih ada padanya, menghadiahkan senjata-senjatanya untuk kegunaan kaum muslimin. Pada malamnya, Aisyah meminjam minyak jirannya untuk menghidupkan pelitanya. Baju besi Rasulullah saw masih dicagar pada seorang Yahudi bagi 30 suq (60 kg) gandum.
Pada subuh hari kewafatan Rasulullah saw, ketika Abu Bakar As-Siddiq ra mengimami solat jemaah, Rasulullah saw membuka langsir dan tersenyum melihat mereka. Rasulullah saw membisikkan di telinga Fatimah ra bahawa dia akan wafat, lalu Fatimah menangis. Kemudian Rasulullah saw membisikkan ke telinga Fatimah dia adalah penghulu segala wanita dan orang pertama dari ahli keluarga Rasulullah saw yang masuk Syurga, lalu Fatimah ketawa.
Fatimah ra berkata, teruk sangat sakit ayah ni. Rasulullah saw menjawab, “Tiada lagi ketenatan kena ke atas ayahmu selepas hari ini”.
Rasulullah saw memanggil kedua-dua cucunya, Al-Hasan dan Al-Hussein, mengucup mereka dan berpesan agar mereka diperlakukan dengan baik. Rasulullah saw memanggil isteri-isterinya dan memberi nasihat dan peringatan kepada mereka.
Tampak sakit kesan dari racun yag dimakan oleh Rasulullah saw ketika memerangi Yahudi di Khaibar. Rasulullah saw bersabda, “Wahai Aisyah, aku masih terasa sakit dari makanan yang aku makan di Khaibar”.
Rasulullah saw berpesan, “Jaga solat. Jaga solat. Jaga hamba-hamba wanita yang dibawah kamu”. Diulanginya berkali kali.
Rasulullah saw mengangkat tangannya, atau jarinya, pandangannya ke arah bumbung, bibirnya bergerak, Aisyah mendengar Rasulullah saw bersabda, “(Ya Allah) bersama-sama dengan orang-orang yang Engkau telah beri nikmat ke atas mereka dari kalangan para Nabi-nabi, para Siddiqin, para Syuhadak dan para Solihin. Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, temukanlah aku dengan Teman Yang Maha Tinggi. Ya Allah, Teman Yang Maha Tinggi”.
Turun tangannya lalu bertemu Teman Yang Maha Tinggi. Kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali. Rasulullah saw wafat pada pagi Isnin 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijriah ketika berumur 63 tahun.
Sampai berita kewafatan Rasulullah saw ke seluruh Madinah. Anas berkata, “Tiada hari yang lebih baik dan bergemerlapan selain dari hari Rasulullah tiba di Madinah ketika Hijrah. Tiada hari yang lebih buruk dan gelap selain hari wafatnya Rasulullah saw”.

Azan

Ini azan untuk dihantar kepada kenalan yang berminat azan zaman 1980an dulu

Dilindungi: Perjuangan Islam Akhir Zaman

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Dilindungi: Perutusan Para Rasul

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Dilindungi: Aqidah Tauhid

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Dilindungi: Kepentingan Kalimah Syahadah

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

TABAYYUN vs TASABBUT

Saat ini saya menghadiri Forum Fiqh oleh 4 orang mufti negeri. Antara yang menarik adalah mengenai perbezaan antara perkataan “Tabayyanu (selidiki)” dan “Tathabbatu (sahkan)”.

Dalam dunia maklumat terbuka luas, apatah lagi pertembungan ideologi yang sengit dan godaan dunia berbagai, banyak berlaku fitnah terancang maupun tak terancang, tersebar luas dalam masyarakat, tanpa sekatan. Ia bertujuan mempengaruhi manusia, ke arah mencapai objektif kesumat yang diimpikan oleh hawa nafsu dan kepentingan dunia.

Jika zaman dulu banyak maklumat ditapis oleh media, sebelum sampai kepada kita. Hari ini, apabila semua manusia ada media di tangan masing-masing, maka yang tinggal untuk menapis berita hanyalah kebersihan jiwa, ikatan hati dan prinsip “Tabayyun”.

Kerana itu prinsip Tabayyun, sangat penting dihayati oleh kita, berdasarkan firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum (dengan perkara yang tidak diingini), dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya), sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

Sebab turun ayat adalah mengenai suatu kaum Muslimin hendak menyambut amil Zakat dari Nabi saw dengan mengadakan majlis tarian pedang. Lalu berita tiba ke Madinah, menyatakan mereka enggan bayar Zakat, dan bersiap dengan pedang untuk memerangi amil Zakat yang datang ke kampung mereka.

Oleh itu “orang fasik” di dalam ayat tidak semestinya seorang pembohong atau penjahat. Ia boleh berlaku pada semua orang termasuk orang yang saleh. Ia boleh lahir dari niat jahat atau tanpa niat. Maka ia melibatkan semua orang.

Kerana itu Allah swt menyebut perkataan “Tabayyun” (selidiki berita), dan bukan “Tathabbatu” (sahkan berita).

“Tathabbatu (تثبت)” bermakna “sahkan” sesuatu berita. Ini tidak memadai. Tadi, Mufti Wilayah Persekutuan berkata pernah orang menyebarkan foto beliau masuk rumahnya pada hari Jumaat jam 1.15 pm (waktu jemaah sedang Solat Jumaat). Ini boleh memberi tanggapan kepada masyarakat, beliau tidak ponteng solat Jumaat pada saat itu”.

Adapun perkataan “Tabayyanu (تبين) bermakna “selidiki dan pastikan”, ia bermakna memahami juga nawaya (niat-niat) maklumat itu sendiri. Berkemungkinan Mufti di saat itu baru sampai dari pemusafiran atau takwil-takwil (penjelasan-penjelasan) lain.

Jika Umat Islam umum diseru mengamalkan prinsip “Tabayyun”, maka seruan kepada para Duat (pendakwah) di jalan Allah adalah lebih-lebih lagi. Ini adalah kerana mereka adalah contoh teladan penghayatan Islam kepada masyarakat. Duat mesti mempunyai unsur kebal, tapisan maklumatnya tebal, tidak mudah mengiyakan sebarang tuduhan dan memiliki pertimbangan yang seimbang hasil dari prinsip “Tabayyun” yang tertanam kukuh di dalam lubuk jiwanya.

Moga Allah swt merahmati para Mufti negeri-negeri, memberi TaufiqNya kepada mereka untuk memandu Umat Islam dengan ilmu, pengalaman dan hikmat yang mereka miliki. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah

INTERNATIONAL FIQH CONFERENCE

Masjid Tg Ampuan Jemaah

Bukit Jelutong, Shah Alam.
23 Nov 2016

Wakil Yang Tidak Mewakili


Semalam 15/10/2016, Malaysiakini jam 2.33 pm menyiarkan berita Pengerusi Biro Publisiti MCA, Chai Kim Sen menyatakan MCA menentang RUU355 yang akan dibentang PAS di Parlimen.

“Menteri-menteri kabinet MCA bahkan mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk melepaskan jawatan kabinet jika rang undang-undang itu diluluskan di Parlimen”.

“Selain itu, Wanita MCA berkempen untuk sejuta tandatangan di seluruh negara dan Pemuda MCA juga telah menjalankan kempen ‘Memartabatkan Perlembagaan Persekutuan’ serta-merta,” katanya.

Dalam PRU13 tahun 2013 yang lalu, lebih 90% pengundi Cina mengundi Pembangkang dan menolak MCA. Calon-calon PRU13 MCA yang menang, lalu menjadi Ahli-ahli Parlimen atau Menteri Kabinet hari ini, kebanyakan mereka dimenangkan oleh para pengundi Melayu Islam kerana sokongan mereka kepada BN yang diterajui UMNO.

Boleh dikatakan bahawa semua Ahli-ahli Parlimen MCA hari ini sebenarnya adalah mewakili para pengundi Melayu Islam.

RUU355 bertujuan untuk lebih memperkasakan undang-undang dan Mahkamah Syariah. Namum keputusan MCA adalah menghampakan para pengundinya.

Ini bermakna dengan mengambil pendirian menentang pemerkasaan undang-undang dan mahkamah Syariah di Malaysia, wakil-wakil rakyat atau ahli Parlimen dari MCA :

1- Tidak membawa ke Parlimen, suara rakyat yang diwakilinya atau yang mengundinya dalam PRU13 yang lalu. Sebaliknya mereka membawa suara yang lain.

2- Tidak mengambil pendirian parti Barisan Nasional (BN) yang bersama PAS di DUN Kelantan, telah mengundi menyokong RUU peringkat negeri.

3- Cuba menafikan hak Umat Islam untuk memilih Syariat Islam dalam mengatur peraturan kehidupan mereka.

Oleh itu, Umat Islam hendaklah sedar dan mengambil iktibar sebesar dan sejelasnya, betapa :

1- Memilih atau memangkah seseorang calon dalam Pilihanraya adalah suatu yang amat penting dalam kehidupan di dunia, dan akan dipersoalkan Allah di Akhirat kelak. Ia memberi kesan kepada perundangan yang mengatur kehidupan mereka.

2- Calon-calon yang dipilih tidak semestinya nanti akan mewakili pengundi maupun parti induk (BN atau Pembangkang), walaupun jentera Pilihanraya bersusah payah bekerja siang malam di musim Pilihanraya untuk memenangkan mereka atas semangat Parti Induk.

Calon-calon boleh sahaja nanti tidak merai atau memperdulikan hasrat pengundi.

3- Benarnya firman Allah swt yang menegaskan bahawa Walak (kepercayaan dan setiakawan) yang hakiki adalah walak sesama orang-orang beriman, yang mendirikan Solat, yang rukuk dan membayar Zakat.

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ

“Sesungguhnya Wali (tempat berwalak) kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)” (Al-Maidah : 55).

4- Pertarungan pusingan akhir di mana-mana medan politik di dunia adalah di antara parti atau golongan yang berwalakkan Allah, Rasul dan orang-orang beriman, berdepan dengan parti atau golongan yang tidak tunduk kepada Allah swt dan SyariatNya.

وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

“Dan sesiapa yang berwalikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya parti atau golongan (yang berpegang kepada syariat) Allah, itulah yang menang” (Al-Maidah : 56).

Tiba masanya Umat Islam di Malaysia mengambil 1001 iktibar dan pengajaran dari isu RUU355, walau apa pun natijah pengundiannya nanti di Parlimen nanti.

Umat Islam perlu sedar bahawa usaha dan perjuangan menegak atau menyempurnakan penegakkan Syariat (undang-undang) Islam adalah merupakan suatu ibadah dan fardhu ain ke atas setiap individu dalam negara, samada ke atas pengundi yang memilih wakil mereka ke Parlimen, lebih-lebih lagi ke atas wakil-wakil rakyat selaku penggubal undang-undang di Parlimen.

Moga Allah swt mengagungkan SyariatNya, meneguhkan AgamaNya dan memenangkan pejuang-pejuangNya. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
16 Ogos 2016

Pada Syahid Itu Petunjuk Jalan

Dr Muhammad Kamal (kanan) syahid bersama sahabatnya, Dr Yasir Syahatah (kiri) dibunuh Kudeta Mesir di kediaman mereka.

Beberapa hari lalu, kezaliman Kudeta Mesir mencapai salah satu kemuncaknya dengan membunuh syahid Dr Muhammad Kamal, pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir. Ia tidak akan berhenti di noktah itu. Bahkan ia adalah isyarat bahawa pertarungan hak dan batil boleh mencapai tahap yang tidak tergambar oleh insan biasa. Teruskan membaca

Dr Muhammad Kamal syahid

Dr. Muhammad Kamal, pimpinan Ikhwan Muslimin.

Sejak rakyat Mesir berjaya memilih Presiden Mursi dalam pilihanraya bebas tahun 2012, diikuti dengan rampasan kuasa tentera (Kudeta) pada tahun 2013 berikutnya, para pemimpin gerakan Islam di Mesir diburu, dipenjara, disiksa dan ramai yang dibunuh. Teruskan membaca